LELAKI LEMAS, KERETA TERBALIK DALAM PARIT

SABAK BERNAM: Seorang lelaki lemas akibat terperangkap dalam kereta dipandunya yang terjatuh ke dalam parit selepas berlanggar dengan sebuah kereta, di jalan Sabak Bernam menghala ke Sungai Besar, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Norazam Khamis berkata, kejadian melibatkan mangsa maut berusia 30-an yang memandu Proton Preve dan Proton Saga yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 30-an

Katanya, kejadian berlaku selepas Proton Preve tersebut melanggar bahagian belakang kereta Proton Saga sebelum kedua-dua kenderaan jatuh ke dalam parit.

“Akibat kemalangan tersebut, Proton Saga tersebut telah terbalik di dalam parit dengan kedalaman tiga kaki.

“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum k bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan pemandu Proton Preve tersebut meninggal dunia dan mayat mangsa telah diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, kedua-dua mangsa yang menaiki Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Sabak Bernam.–AlHijrah Online

Leave a Reply