Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KESAN KANAK-KANAK SEMBUR CAT DENGAN PERKATAAN TIDAK SENONOH

DALAM NEGARA

POLIS KESAN KANAK-KANAK SEMBUR CAT DENGAN PERKATAAN TIDAK SENONOH

Polis sedang berusaha mengesan seorang kanak-kanak yang disyaki melakukan perbuatan khianat dengan menyembur cat pada beberapa kereta yang diparkir di kawasan Jalan Tingkat Kenari 5, Bayan Lepas, di sini semalam.

BALIK PULAU: Polis sedang berusaha mengesan seorang kanak-kanak yang disyaki melakukan perbuatan khianat dengan menyembur cat pada beberapa kereta yang diparkir di kawasan Jalan Tingkat Kenari 5, Bayan Lepas, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima lima laporan polis daripada pemilik kereta yang menjadi mangsa vandalisme, apabila kenderaan mereka disembur dengan cat, yang memaparkan perkataan-perkataan tidak senonoh.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata perbuatan itu disyaki dilakukan oleh seorang kanak-kanak antara pukul 2 hingga 2.30 petang, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Wan Muhammad Syamim Wan Azmi dengan menelefon 04-8662222.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading