DALAM NEGARA
MAYAT PELAJAR UITM LEMAS DI PANTAI CHERATING DITEMUI
Mayat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Pantai Cherating petang semalam, ditemui kira-kira 7.30 pagi tadi.
Mayat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Pantai Cherating petang semalam, ditemui kira-kira 7.30 pagi tadi.

KUANTAN: Mayat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Pantai Cherating petang semalam, ditemui kira-kira 7.30 pagi tadi.
Mayat Adam Ridhuan Abdul Rejab, 18, ditemui kira-kira sembilan kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.
Jenazah dilapor telah dibawa ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) bagi proses bedah siasat.
Pelajar itu dipercayai lemas ketika mandi bersama empat rakannya di Pantai Cherating kira-kira pukul 1.45 petang semalam sebelum ditemui.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut melibatkan pelajar yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor sekitar jam 1.45 petang.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa bersama 19 lagi rakannya ke lokasi pelancongan itu untuk berkelah dan berehat.
Menurutnya, ketika bermandi-manda, ombak tinggi tiba-tiba datang membadai kumpulan pelajar itu.
Katanya, Adam Ridhuan dipercayai terpisah daripada kumpulan rakannya apabila dibawa arus jauh dari pantai sebelum hilang manakala yang lain berjaya menyelamatkan diri.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menasihatkan umat Islam untuk tidak...
AGC berkata, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif...
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah keputusan yang diperkenankan menerusi kuasa pengampunan di bawah Perkara 42...
Mohamad memberi jaminan bahawa stok beras negara ketika ini adalah mencukupi untuk tempoh enam bulan dan...
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju UMNO membayar denda RM50 juta bagi pihak Najib...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)