Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT DIPERCAYAI DIPUKUL, DUA WARGA MYANMAR DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT DIPERCAYAI DIPUKUL, DUA WARGA MYANMAR DITAHAN

Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas ditemukan dalam keadaan terbaring di atas jalan dengan kesan darah di kepala serta luka di tapak tangan kiri dipercayai dipukul, di Lorong 5, Kampung Pandan, Kuala Lumpur tengah malam semalam.

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas ditemukan dalam keadaan terbaring di atas jalan dengan kesan darah di kepala serta luka di tapak tangan kiri dipercayai dipukul, di Lorong 5, Kampung Pandan, di sini tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata lelaki itu meninggal dunia pada 2.33 pagi tadi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras.

“Polis menerima laporan pada kira-kira 12.01 tengah malam tadi dan menemukan mangsa dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan. 

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada 2.33 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata polis menahan dua warga Myanmar sejurus selepas kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mereka direman tiga hari bermula semalam.

Mohamad Lazim berkata motif kejadian masih dalam siasatan.

Sejak semalam, tular di Facebook satu video berdurasi 1 minit 48 saat yang memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki di Kampung Pandan sebelum mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading