Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS BUNUH ISTERI DIREMAN ENAM HARI

DALAM NEGARA

WARGA EMAS BUNUH ISTERI DIREMAN ENAM HARI

Seorang warga emas direman enam hari untuk membantu siasatan selepas dipercayai membunuh isterinya di Kampung Paku, di Tanah Merah semalam.

Sumber Gambar: BERNAMA

TANAH MERAH: Seorang warga emas direman enam hari untuk membantu siasatan selepas dipercayai membunuh isterinya di Kampung Paku, di sini semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini di Mahkamah Majistret, di sini bermula hari ini hingga 7 Dis bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek berumur 63 tahun itu yang berpakaian lokap tiba di mahkamah pada 9.25 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Semalam, media melaporkan seorang wanita dikenali Mastura Abdullah, 40, dipercayai dibunuh suaminya di sebuah rumah di Kampung Paku.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading