Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT, EMPAT RAKAN CEDERA KERETA TERBABAS TURUN DARI GENTING

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT, EMPAT RAKAN CEDERA KERETA TERBABAS TURUN DARI GENTING

Seorang maut sementara empat lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas lalu terbalik di Jalan Genting Highlands-Genting Sempah, di sini awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang maut sementara empat lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas lalu terbalik di Jalan Genting Highlands-Genting Sempah, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.40 pagi sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Anggota bertugas mendapati sebuah Proton Saga FLX dinaiki lima lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an terlibat kemalangan.

“Tiga mangsa mengalami cedera ringan dan seorang parah di bahagian kaki kiri manakala seorang mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Yakesh Sarawanan sementara mangsa-mangsa lain dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading