KALIMAH ‘WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI’ TIDAK PERNAH DIGUNA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ tidak pernah digunakan dalam peruntukan angkat sumpah Ahli Parlimen seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keenam di bawah Artikel 59(1) Perlembagaan Persekutuan, sejak ia digubal pada 31 Ogos 1957.
KUALA LUMPUR: Kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ tidak pernah digunakan dalam peruntukan angkat sumpah Ahli Parlimen seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keenam di bawah Artikel 59(1) Perlembagaan Persekutuan, sejak ia digubal pada 31 Ogos 1957.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata apabila Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada tarikh berkenaan, penyataan Sumpah Ahli Parlimen telah ada dalam Jadual Keenam di bawah perkara tersebut dan tidak pernah ada menyebut kalimah “Wallahi Wabillahi Watallahi”.
“Kalimah penyataan sumpah kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’ hanya disebut dalam penyataan angkat sumpah oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.
“Seperti yang dijawab oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, penyataan sumpah ini adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 5 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa sumpah yang dilafazkan hendaklah mengikut seperti yang disebutkan dalam Jadual Keenam dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Junaidi berharap dengan penjelasan itu ia dapat memberikan maklumat yang jelas kepada Ahli Parlimen serta orang awam yang telah menyaksikan pertikaian berhubung perkara berkenaan semasa Ahli Parlimen Kulai Suhaizan Kaiat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat Selasa lepas.
Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang memohon penjelasan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sama ada lafaz sumpah Ahli Parlimen baharu tidak lagi memasukkan kalimah ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked