Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MARA LINER TAMPIL MOHON MAAF KES ‘DRIVER’ TINGGALKAN PENUMPANG BAS

DALAM NEGARA

MARA LINER TAMPIL MOHON MAAF KES ‘DRIVER’ TINGGALKAN PENUMPANG BAS

Syarikat pengangkutan bas, MARA Liner Sdn. Bhd. tampil memohon maaf susulan kejadian pemandunya meninggalkan seorang penumpang bas ekspres Kuala Terengganu-Melaka seperti tular videonya di media sosial baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Syarikat pengangkutan bas, MARA Liner Sdn. Bhd. tampil memohon maaf susulan kejadian pemandunya meninggalkan seorang penumpang bas ekspres Kuala Terengganu-Melaka seperti tular videonya di media sosial baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner, Zachary Ismail berkata, pihaknya kesal atas insiden tersebut dan siasatan dalaman akan dilakukan selepas aduan diterima.

Katanya, pihaknya telah menghubungi penumpang terlibat pada 20 Sept 2023 bagi menzahirkan permohonan maaf serta rasa kesal.

“Pengurusan Mara Liner kesal di atas insiden yang telah berlaku kepada penumpang bas ekspres Kuala Terengganu-Melaka tempoh hari.

“Siasatan dalaman juga telah dimulakan sejurus selepas aduan diterima dan tindakan susulan ke atas pemandu terbabit juga telah diambil,” katanya dalam satu kenyataan pada 21 Sept lalu.

MARA Liner memberi jaminan bahawa insiden tersebut tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Sebelum ini tular video seorang lelaki dilihat berlari dan memanggil pemandu bas yang baru sahaja bergerak meninggalkan stesen bas namun tidak diendahkan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading