Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ANWAR BIMBING ANDREW LAFAZ SYAHADAH DI NEW YORK

DUNIA

ANWAR BIMBING ANDREW LAFAZ SYAHADAH DI NEW YORK

Anwar menyempurnakan pengislaman saudara baru itu selepas beliau menyampaikan khutbah di Islamic Cultural Centre of New York (ICCNY).

Sumber Gambar: PMO

NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan membimbing seorang saudara baharu untuk melafazkan kalimah syahadah, semasa lawatan kerja di New York, Amerika Syarikat.

Anwar menyempurnakan pengislaman saudara baru itu selepas beliau menyampaikan khutbah di Islamic Cultural Centre of New York (ICCNY).

“Usai solat Jumaat, saya diminta komuniti Islam di sini untuk menyempurnakan proses lafaz syahadah saudara Andrew Vinals yang berhasrat memeluk agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Sumber Gambar: PMO

Terdahulu, Anwar diberi penghormatan oleh komuniti Islam di New York untuk menyampaikan khutbah Jumaat di ICCNY.

Anwar dapat berkongsi pengalaman Malaysia dalam menguruskan masyarakat berbilang kaum dan agama sekaligus dapat hidup rukun damai dan harmoni.

“Umat Islam juga diseru untuk mengukuhkan perpaduan sesama mereka, tonjolkan hikmah serta memperoleh maklumat dan pengetahuan.

“Saya mengambil kesempatan ini juga untuk menjelaskan konsep “Malaysia MADANI” yang diperkenalkan di Malaysia serta menyentuh ancaman Islamofobia di seluruh dunia yang memerlukan kesepakatan umat untuk menoktahkannya,” katanya.

Anwar turut berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan Al-Quran kepada pihak ICCNY untuk kegunaan komuniti Islam di sini.

Sumber Gambar: PMO

Perdana Menteri kini berada di New York untuk menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading