Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT TERSEPIT, DUA CEDERA KERETA TERBABAS KE LADANG SAWIT

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT TERSEPIT, DUA CEDERA KERETA TERBABAS KE LADANG SAWIT

Seorang lelaki meninggal dunia sementara dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke ladang kelapa sawit, di Jalan Sungai Ara Sedili di Kota Tinggi, petang tadi.

KOTA TINGGI: Seorang lelaki meninggal dunia sementara dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke ladang kelapa sawit, di Jalan Sungai Ara Sedili di sini petang tadi.

Menurut komander operasi Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Wahid, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 1.23 petang tadi.

Katanya, pihaknya telah menghantar satu jentera FRT, satu jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi serta lima anggota bomba ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan jalan raya berkenaan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Satria yang terbabas sendiri ke ladang sawit.

“Terdapat tiga mangsa, dua lelaki cedera sementara seorang lagi tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya seperti dilapor media tempatan.

Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sementara kesemua mangsa cedera dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans KKM.

Operasi ditamatkan pada jam 2.50 petang tadi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading