Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MUAT NAIK VIDEO BERUNSUR PERKAUMAN DIBEBAS DENGAN JAMINAN POLIS

DALAM NEGARA

LELAKI MUAT NAIK VIDEO BERUNSUR PERKAUMAN DIBEBAS DENGAN JAMINAN POLIS

Pemilik akaun Twitter menggunakan nama Zulfadzli@bumilangit yang ditahan polis kerana disyaki memuat naik video berunsur perkauman di media sosial pada Khamis lepas, dibebaskan dengan jaminan polis.

KUALA LUMPUR: Pemilik akaun Twitter menggunakan nama Zulfadzli@bumilangit yang ditahan polis kerana disyaki memuat naik video berunsur perkauman di media sosial pada Khamis lepas, dibebaskan dengan jaminan polis.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata ia susulan tempoh reman ke atas lelaki tersebut tamat pada hari ini.

“Seterusnya, PDRM melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas, akan merujuk kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara menurut peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, setelah siasatan dilengkapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana memuat naik video yang menjurus kepada unsur perkauman yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di aplikasi TikTok.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading