Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PAS TIDAK SERTAI KERAJAAN PERSEKUTUAN, BERPERANAN SEBAGAI PEMBANGKANG

DALAM NEGARA

PAS TIDAK SERTAI KERAJAAN PERSEKUTUAN, BERPERANAN SEBAGAI PEMBANGKANG

PAS tidak akan menyertai kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dan DAP, sebaliknya akan berperanan sebagai pembangkang.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan menyertai kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dan DAP, sebaliknya akan berperanan sebagai pembangkang, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan. 

Beliau berkata langkah itu adalah  demi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya para pengundi yang telah memilih PAS dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 Nov lepas. 

“Setelah membuat pertimbangan dari pelbagai sudut serta meneliti pendapat umum, PAS berpendirian tidak akan menyertai kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh PH dan DAP, demi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya para pengundi yang telah memilih PAS dan PN dalam PRU-15.

“Justeru PAS akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan menasihati semua pihak bagi memastikan tadbir urus negara berjalan lancar dan dapat ditegakkan berpaksikan kepada prinsip prihatin, bersih dan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim, 75, yang juga Pengerusi PH mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, pada Khamis.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading