Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MURUNG AKIBAT PUTUS CINTA, ZIKIR DAN MENGAJI DI PEJABAT JAWI

DALAM NEGARA

LELAKI MURUNG AKIBAT PUTUS CINTA, ZIKIR DAN MENGAJI DI PEJABAT JAWI

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bertindak di luar kebiasaan selepas memasuki ruang majlis akad nikah di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan duduk di pelamin sambil berzikir dan mengaji dengan kuat, pagi tadi.

Menerusi ciapan di laman Twitter @myJAWIKL , lelaki tersebut dipercayai mengalami tekanan perasaan selepas putus cinta dengan pasangannya.

“Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat.

“Syukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah,” dalam bebenang di laman Twitter @myJAWIKL.

Dalam pada itu, pihak JAWI turut mendoakan agar Allah memberikan kesembuhan, jalan keluar serta kemudahan kepada individu tersebut dalam menghadapi ujian dalam hidupnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading