Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DAUD BAKAR POSITIF COVID-19

DALAM NEGARA

DAUD BAKAR POSITIF COVID-19

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Dr Mohd Daud Bakar disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dikongsi Dr Mohd Daud dalam satu kenyataan pada malam Rabu.

“Inna Lillahi wa Inna Ilayhi Rajiun. Saya disahkan positif semalam. Sebentar tadi saya dijemput oleh ambulans menuju Hospital Sg Buluh.

“Ini satu proses yang biasa. Semua komunikasi dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pemandu ambulans sejak tengahari tadi amat mesra dan profesional,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memohon doa orang ramai untuk dirinya, isteri serta anak bongsunya.

Menurut Dr Mohd Daud, isteri dan anaknya akan menjalani kuarantin di rumah.

“Semua yang berlaku sudah tertulis dalam tinta Ilahi. Kalau kita bersabar, ada dua pahala. Kalau tidak bersabar, hanya satu pahala (al-Aqidah al-Tahawiyyah). Lebih baik bersabar memburu dua pahala di atas kesakitan dan kemalangan.

“Perjuangan melawan pandemik belum selesai lagi. Jaga diri anda, keluarga anda dan komuniti anda,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading