Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI TEMPATAN MENYAMAR POLIS, SAMUN WARGA ASING DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI TEMPATAN MENYAMAR POLIS, SAMUN WARGA ASING DITAHAN

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata, mangsa dan keluarga yang berasa terancam telah menyerahkan dua cincin emas dan sebuah telefon bimbit kepada suspek berusia 23 tahun itu. 

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun keluarga warga asing di sebuah kawasan perumahan di Meru, Klang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata lelaki warga tempatan itu dipercayai masuk ke rumah mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai polis serta meminta RM4,000 jika tidak mahu ditangkap.

Beliau berkata mangsa dan keluarga yang berasa terancam telah menyerahkan dua cincin emas dan sebuah telefon bimbit kepada suspek berusia 23 tahun itu. 

“Suspek terus melarikan diri sengan menaiki motosikal yang tidak dapat dipastikan jenis dan nombor pendaftaran dengan laporan polis dibuat kira-kira 1.24 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Vijaya Rao berkata suspek yang ditahan bersama barang rampasan kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan. 

“Polis menyeru masyarakat supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu yang menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan jenayah,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading