Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENERBANGAN ANTARABANGSA DI LAPANGAN TERBANG DAMSYIK KEMBALI BEROPERASI SELASA INI

DUNIA

PENERBANGAN ANTARABANGSA DI LAPANGAN TERBANG DAMSYIK KEMBALI BEROPERASI SELASA INI

Pihak berkuasa penerbangan sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan di lapangan terbang Damsyik dan bandar utara Aleppo untuk membolehkan penerbangan dari seluruh dunia mendarat.

Gambar fail (AFP)

KAHERAH: Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dijadualkan menyambung semula operasi penerbangan antarabangsa minggu depan, menurut seorang pegawai penerbangan Syria,  lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Kami mengumumkan penyambungan semula penerbangan antarabangsa ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik mulai 7 Januari,” kata Ashhad al-Salibi, Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam dan Pengangkutan Udara Syria, pada Sabtu.

Operasi di lapangan terbang itu digantung bulan lepas selepas kemudahan penerbangan itu dijarah dan dirosakkan susulan penggulingan Presiden Syria, Bashar al-Assad, menurut sumber Kementerian Pengangkutan.

Al-Salibi memberitahu agensi berita rasmi Syria, SANA, bahawa pihak berkuasa penerbangan sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan di lapangan terbang Damsyik dan bandar utara Aleppo untuk membolehkan penerbangan dari seluruh dunia mendarat.

Awal minggu ini, Qatar Airways mengumumkan akan menyambung semula penerbangan ke Damsyik bermula Selasa.

Penerbangan domestik di lapangan terbang Damsyik telah beroperasi semula pada 18 Disember.

Sejak penggulingan Bashar al-Assad, kerajaan baharu Syria terus berusaha memulihkan keselamatan serta memperbaiki kemudahan negara yang terjejas akibat peperangan selama lebih sedekad. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading