Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

10 WARTAWAN PALESTIN DI GAZA TERBUNUH PADA DISEMBER 2024

DUNIA

10 WARTAWAN PALESTIN DI GAZA TERBUNUH PADA DISEMBER 2024

Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024.

Sumber Gambar: AFP

RAMALLAH: Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik sebuah kumpulan media pada Sabtu.

Menurut Palestinian Journalists Syndicate (PJS), Tentera Israel melakukan 84 pelanggaran dan jenayah terhadap wartawan Palestin bulan lepas.

Israel “terus menggunakan kaedah menyasarkan wartawan Palestin sehingga ke tahap melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap mereka,” kata PJS.

PJS berkata lapan ahli keluarga wartawan terbunuh, tiga rumah petugas media musnah, dan lima wartawan mengalami kecederaan parah akibat serpihan peluru dan tembakan.

Menurut PJS, 20 wartawan berdepan penahanan dan dilarang daripada membuat liputan, manakala tujuh lagi dipenjarakan. Selain itu, terdapat 11 insiden peluru hidup ditembak ke arah wartawan yang didokumentasikan.

Sepuluh wartawan mengalami serangan fizikal yang teruk, manakala tiga kes kerosakan peralatan dan kecurian dilaporkan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Kenyataan pada 3 Jan oleh Pejabat Media Gaza memaklumkan jumlah wartawan yang terbunuh dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt 2023 telah meningkat kepada 202 orang.

Tentera Israel meneruskan serangan genosid ke atas Gaza yang telah meragut lebih 45,600 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Okt 2023, meskipun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyeru gencatan senjata segera. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading