Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ATM SAHKAN INSIDEN KEKECOHAN DI WISMA TRANSIT LIBATKAN WARGA PALESTIN

DALAM NEGARA

ATM SAHKAN INSIDEN KEKECOHAN DI WISMA TRANSIT LIBATKAN WARGA PALESTIN

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) petang semalam, seperti yang tular di media sosial berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.

Tangkap layar video tular memaparkan kekecohan melibatkan warga Palestin di WTKL pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) petang semalam, seperti yang tular di media sosial berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.

ATM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang itu bagaimanapun dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan atau kecederaan, hanya berlaku sedikit kerosakan terhadap perabot di WTKL.

“Sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, pegawai dan anggota ATM yang bertugas telah bertindak untuk berbincang bersama warga Palestin yang terlibat. Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik

“Mereka kemudian bersurai kira-kira pukul 7.30 malam,” menurut kenyataan itu. 

Pada masa sama, ATM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden itu. 

Sejak petang semalam, tular beberapa video yang memaparkan kekecohan di pekarangan WTKL melibatkan warga Palestin hingga menyebabkan kerosakan di kawasan terbabit.

Pada Oktober tahun lepas, tular video memaparkan beberapa warga Palestin yang ditempatkan di WTKL melakukan kekecohan disebabkan segelintir daripada mereka tidak berpuas hati kerana diletakkan di pusat perlindungan berkenaan, selain mengehadkan pergerakan mereka.

Susulan itu, Duta Palestin di Malaysia Walid Abu Ali memohon maaf bagi pihak warga Palestin yang berada di Malaysia dan di tanah air atas kejadian berkenaan.

Pada 16 Ogos lepas, Malaysia membawa 127 warga Palestin termasuk 41 pesakit yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza serta dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, manakala saudara-mara lain ditempatkan di WTKL. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading