Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI TULAR TARIK TUDUNG PEREMPUAN DITAHAN POLIS

DALAM NEGARA

LELAKI TULAR TARIK TUDUNG PEREMPUAN DITAHAN POLIS

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada jam 7.30 petang tadi bagi membantu siasatan.

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan seorang lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam video ‘prank’ menarik tudung wanita yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada jam 7.30 petang tadi bagi membantu siasatan.

Katanya, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Tindakan dalam video tersebut telah menimbulkan kegusaran masyarakat.

“Justeru polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang rakaman, penyebaran video yang mengandungi isi kandungan yang mendatangkan kegusaran masyarakat serta menyentuh sensitiviti di masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video ‘prank’ memaparkan seorang lelaki menarik tudung dua orang wanita yang mengundang kecaman pelayar internet.

Lelaki tersebut kemudian memohon maaf atas kesalahannya dan menjelaskan bahawa tindakannya itu berniat untuk melakukan eksperiman sosial.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Ida

    7 July 2022 at 4:49 PM

    This is uncalled for in Malaysia, esp!!! If you the POLICE ignore the ‘abuser’ its going to be a WAR!! This is a MUSLIM country so DO NOT BE RUDE!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading