Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LETUPAN KEDENGARAN DI IRAN DI TENGAH-TENGAH LAPORAN SERANGAN ISRAEL

DUNIA

LETUPAN KEDENGARAN DI IRAN DI TENGAH-TENGAH LAPORAN SERANGAN ISRAEL

Seorang pegawai kanan tentera di Isfahan berkata letupan kedengaran di bandar itu adalah kesan tembakan senjata antipesawat terhadap objek mencurigakan, lapor sebuah lagi agensi berita di negara itu, Tasnim.   

Papan iklan menggambarkan peluru berpandu balistik Iran di Tehran. –foto AFP

ANKARA: Letupan kedengaran di beberapa bandar di Iran awal Jumaat di tengah-tengah  dakwaan serangan Israel ke atas negara itu. 

Letupan dilaporkan berlaku di Isfahan, di tengah Iran dan ke barat Tabriz yang terletak di barat laut negara itu, lapor Agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).  

Seorang pegawai kanan tentera di Isfahan berkata letupan kedengaran di bandar itu adalah kesan tembakan senjata antipesawat terhadap objek mencurigakan, lapor sebuah lagi agensi berita di negara itu, Tasnim.   

IRNA juga menyatakan bunyi letupan itu di Tabriz adalah berikutan pengaktifan sistem pertahanan udara.

Stesen televisyen Kerajaan Iran mengesahkan letupan besar di Isfahan tetapi tiada kemudahan nuklear terjejas atau menjadi sasaran di pusat bandar.

Agensi Berita Mehr berkata tiga dron dimusnahkan di ruang udara Isfahan.

IRNA berkata sistem pertahanan udara negara itu telah diaktifkan di beberapa wilayah.

Tiada komen dikeluarkan Israel terhadap pelancaran serangan ke atas Iran. 

Ketegangan antara Iran dan Israel meningkat selepas Tehran melancarkan serangan misil dan dron ke atas Israel pada Sabtu lepas sebagai tindak balas terhadap serangan Israel ke atas konsulat Iran di Syria yang meragut nyawa tujuh penasihat tenteranya.     

Israel berkata akan ia bertindak balas secara ketenteraan kepada serangan Iran hujung minggu lepas. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading