Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA KEROSAKAN KEMUDAHAN NUKLEAR IRAN SUSULAN LETUPAN – IAEA

DUNIA

TIADA KEROSAKAN KEMUDAHAN NUKLEAR IRAN SUSULAN LETUPAN – IAEA

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan pada Jumaat bahawa tapak nuklear Iran tidak mengalami kerosakan selepas letupan kedengaran di tengah-tengah dakwaan serangan Israel ke atas negara itu.

Salah sebuah peluru berpandu balistik terdampar di pantai Laut Mati, selepas Iran melancarkan dron dan peluru berpandu ke arah Israel. -fotoREUTERS

ANKARA: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan pada Jumaat bahawa tapak nuklear Iran tidak mengalami kerosakan selepas letupan kedengaran di tengah-tengah dakwaan serangan Israel ke atas negara itu.

“IAEA mengesahkan pada Jumaat bahawa tidak ada kerosakan pada tapak nuklear Iran selepas laporan mengenai letupan yang disyaki penglibatan Israel,” kata agensi itu.

“IAEA boleh mengesahkan bahawa tiada kerosakan pada tapak nuklear Iran,” Agensi Anadolu (AA) memetik agensi itu dalam hantarannya di platform X.

Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi terus menyeru agar semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan, katanya.

Agensi itu berkata ia memantau keadaan dengan teliti.

Terdahulu, letupan kedengaran di beberapa bandar Iran pada awal Jumaat, terutama di Isfahan di bahagian tengah dan barat Tabriz di barat laut negara itu, AA memetik laporan Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

IRNA juga mengaitkan bunyi letupan di Tabriz itu adalah berikutan pengaktifan sistem pertahanan udara.

Ketegangan memuncak antara Iran dan Israel selepas Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu pada hari Sabtu sebagai tindak balas kepada serangan 1 April ke atas konsulatnya di Syria, yang mengorbankan tujuh penasihat tentera.

Israel telah berikrar ia akan bertindak balas terhadap serangan Iran itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading