Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LGBT, GENDER KETIGA TIDAK DIIKTIRAF DI MALAYSIA

DALAM NEGARA

LGBT, GENDER KETIGA TIDAK DIIKTIRAF DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Perlakuan yang bertentangan dengan agama, adat dan budaya seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dan gender ketiga tidak akan diiktiraf di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan prinsip keagamaan dan nilai-nilai budaya tempatan.

“Pendirian ini selari dengan ‘Cairo Declaration on Human Rights in Islam’ yang dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menyatakan, segala perkara yang bercanggah dengan syariah Islam tidak boleh diamalkan di sebuah negara Islam.

“Seperti mana Malaysia menolak LGBT begitulah juga Malaysia tidak akan mengiktiraf gender ketiga kerana ianya bertentangan dengan fitrah dan syariat Islam,” katanya dalam sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ujar Idris, kewujudan gender ketiga ini akan memberi impak sangat besar terhadap sistem perundangan sedia ada khususnya perundangan syariah selain isu ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading