Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIGA ARAB ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR BINCANG LARANGAN ISRAEL KE ATAS OPERASI UNRWA

DUNIA

LIGA ARAB ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR BINCANG LARANGAN ISRAEL KE ATAS OPERASI UNRWA

Dipengerusikan Yaman, mesyuarat ini diadakan di peringkat perwakilan tetap atas permintaan Jordan dan disokong oleh beberapa negara Arab lain.

Gambar fail (AFP)

KAHERAH: Liga Arab mengadakan mesyuarat tergempar di sini pada Khamis untuk membincangkan larangan Israel terhadap aktiviti Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di wilayah Palestin yang diduduki.

Dipengerusikan Yaman, mesyuarat ini diadakan di peringkat perwakilan tetap atas permintaan Jordan dan disokong oleh beberapa negara Arab lain, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan agensi berita rasmi Mesir, MENA.

Agenda mesyuarat memberi tumpuan kepada merangka respons bersama Arab terhadap “rang undang-undang berbahaya dan tidak sah” diluluskan oleh Knesset (parlimen Israel), yang melarang operasi UNRWA di wilayah yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur.

Pada Selasa, Jordan secara rasmi meminta blok pan-Arab mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan tindak balas kolektif terhadap rang undang-undang Knesset itu.

Pada Isnin, Knesset meluluskan rang undang-undang yang melarang operasi UNRWA, yang akhirnya akan menjejaskan tugas agensi itu di Gaza, Tebing Barat yang diduduki, dan Baitulmuqaddis Timur. Undang-undang itu akan berkuat kuasa dalam tempoh 90 hari.

Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini, menyifatkan larangan Israel itu sebagai “tidak pernah berlaku sebelum ini dan berbahaya,” serta melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Israel menuduh kakitangan UNRWA bersubahat dalam serangan Hamas pada 7 Okt 2023, dengan mendakwa bahawa program pendidikan agensi itu “mempromosi keganasan dan kebencian.” —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading