TIADA TOLAK ANSUR TERHADAP INDIVIDU TANAM SIFAT KEBENCIAN ANTARA KAUM – PM ANWAR
“Apakah Islam mengizinkan penghinaan kerana warna kulit? Bukankah Bilal bin Rabah dengan bibir tebal dan warna kulit hitam tapi didakap oleh keluarga Rasulullah SAW sebagai anggota keluarga?”
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada Program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak boleh bertolak ansur sama sekali dengan mereka yang menanam sifat kebencian antara kaum di negara ini.
Menyifatkannya sebagai bibit-bibit rasisme yang wujud di negara ini, Anwar memberikan contoh bahawa kelompok ini cuba mempermainkan ciri fizikal sesuatu kaum, seperti tidak mahu menjalin kerjasama dengan mereka yang bermata sepet atau berkulit hitam.
“Apakah Islam mengizinkan penghinaan kerana warna kulit? Bukankah Bilal bin Rabah dengan bibir tebal dan warna kulit hitam tapi didakap oleh keluarga Rasulullah SAW sebagai anggota keluarga?,” katanya pada program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPNM Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad.
Beliau berkata ketika ini terdapat pihak yang menuduh beliau sebagai pro-Cina kerana mempunyai hubungan baik dengan DAP, sedangkan ia langsung tidak mempunyai kaitan.
“Kita ini ada kemanusiaan. Apa hebatnya Melayu ini? Melayu ini paling tinggi budaya, paling halus dan sopan santunnya, Melayu ini asalkan jangan kamu hilangkan martabat, prinsip, agama, budaya… itu identiti kita, kita rangkul semua yang lain,” katanya.
Mengambil contoh perkembangan di Gaza, Palestin Anwar berkata serangan terhadap negara itu bermula, kerana sentimen kaum serta kebencian terhadap Islam dan Arab yang keterlaluan.
Beliau berkata sentimen tersebut telah menyebabkan Israel menyerang Gaza sejak 68 tahun lepas, dengan merampas tanah dan rumah serta pembunuhan beramai-ramai atau genosid.
“Orang Amerika Syarikat yang bicara mempertahankan Israel apakah mereka tidak ada ilmu? Mereka ada ilmu. Apakah tidak cukup informasi? Cukup informasi. Masalah itu di mana? Masalah kemanusiaannya, masalah manusiawi dan nilai.
“Kita negara kecil, bukan bermaksud kita perang dengan sesiapa tetapi kita juga manusia. Kita ada nilai kemanusiaan. Orang yang dibunuh harian, rumah dibom, masjid dan gereja dimusnahkan harian. Paling tidak kita bersuara… kita benci terhadap kezaliman bukan kebencian terhadap orang, kaum atau agamanya,” katanya.
Anwar turut berkesempatan menghadiri kenduri rakyat di pekarangan Masjid UPNM dan seterusnya menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked