Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIMA BUAH KENDERAAN MUSNAH TERBAKAR DI TELOK PANGLIMA GARANG

DALAM NEGARA

LIMA BUAH KENDERAAN MUSNAH TERBAKAR DI TELOK PANGLIMA GARANG

Sebanyak lima buah kenderaan dilaporkan terbakar dalam satu kejadian di sebuah taman perumahan di Persiaran Tropicana Aman, Bandar Rimbayu, di Kuala Langat, pagi tadi.

Sumber Gambar: JBPM Selangor

KUALA LANGAT: Sebanyak lima buah kenderaan dilaporkan terbakar dalam satu kejadian di sebuah taman perumahan di Persiaran Tropicana Aman, Bandar Rimbayu, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6:44 pagi sebelum mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, seramai enam anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang telah digerakkan ke lokasi bagi operasi memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi kejadian, kejadian kebakaran melibatkan lima buah kereta pelbagai jenis yang tidak dapat dikenal pasti terbakar di hadapan rumah teres dua tingkat yang berkeluasan 32×75 kaki per segi.

“Kebakaran turut melibatkan bahagian hadapan dua buah rumah teres dua tingkat.

“Anggaran peratusan kebakaran kereta 90 peratus manakala anggaran kebakaran rumah pertama 10 peratus dan rumah kedua 5 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, operasi memadam kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 7:10 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca kejadian masih dalam siasatan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading