Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KESAN KES GADUH LIBATKAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI MERU, KLANG

DALAM NEGARA

POLIS KESAN KES GADUH LIBATKAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI MERU, KLANG

Polis hari ini mengesan satu video tular memaparkan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang bergaduh di belakang restoran di kawasan Meru, Klang.

Tangkap layar video tular.

KLANG: Polis hari ini mengesan satu video tular memaparkan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang bergaduh di belakang restoran di kawasan Meru, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Vijaya Rao Samachulu berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan daripada mangsa atau mana-mana pihak berhubung kejadian.

“Polis memandang serius sebarang bentuk perlakuan pergaduhan khususnya melibatkan pelajar sekolah.

“Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatn dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vijaya berkata, sebarang maklumat berhubung kejadian diminta untuk menghubungi Balai Polis Meru, IPD Klang Utara di talian 03-33922222 bagi membantu siasatan.

Orang ramai turut dinasihati agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau andaian tidak berasas yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Sebarang tindakan yang menggugat ketenteraman awam akan disiasat serta diambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 22 saat memaparkan sekumpulan pelajar yang bergaduh di lorong belakang Restoran Al-Shaikh Nasi Kandar, di Meru, Klang.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading