Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIMA WARTAWAN TERBUNUH DALAM SERANGAN UDARA ISRAEL DI GAZA

DUNIA

LIMA WARTAWAN TERBUNUH DALAM SERANGAN UDARA ISRAEL DI GAZA

Menurut sumber perubatan, tentera rejim mengebom sebuah kenderaan penyiaran televisyen di hadapan Hospital Al-Awda di kem Al-Nuseirat, membunuh lima wartawan yang berada di dalamnya.

Sumber Gambar: Media Sosial

GAZA: Lima wartawan terbunuh dalam serangan udara oleh tentera pendudukan Israel di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut sumber perubatan, tentera rejim mengebom sebuah kenderaan penyiaran televisyen di hadapan Hospital Al-Awda di kem Al-Nuseirat, membunuh lima wartawan yang berada di dalamnya.

Antara mangsa terkorban ialah wartawan Ayman Al-Hadi, yang berada di hospital untuk menemani isterinya yang akan melahirkan anak pertama mereka. Dia mengambil kesempatan daripada waktu menunggu itu untuk berjumpa rakan sekerjanya.

Lebih 190 wartawan terbunuh sejak Israel melancarkan serangan terhadap Gaza pada 7 Oktober 2023.

Sumber perubatan juga mengumumkan bahawa jumlah kematian di Gaza kini meningkat kepada 45,361 orang, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Jumlah mangsa cedera pula meningkat kepada 107,803 orang. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading