LORI SEDANG DITUNDA TERBALIK DI PENDANG, LORONG PLUS ARAH SELATAN TERHALANG
Ketua Polis Daerah Pendang Supt Rodzi Abu Hassan berkata Pusat Kawalan Trafik (TMC) PLUS telah memaklumkan mengenai kemalangan berkenaan kira-kira 10.30 pagi.
Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 71.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Pendang hari ini, menyebabkan lorong di laluan berkenaan terhalang.–fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Trak tunda yang sedang menunda sebuah lori sarat muatan tomato terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 71.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Pendang hari ini, menyebabkan lorong di laluan berkenaan terhalang.
Ketua Polis Daerah Pendang Supt Rodzi Abu Hassan berkata Pusat Kawalan Trafik (TMC) PLUS telah memaklumkan mengenai kemalangan berkenaan kira-kira 10.30 pagi.
“Siasatan awal mendapati, kemalangan melibatkan sebuah trak tunda dan lori. Kemalangan dipercayai berlaku semasa trak tunda sedang menunda lori berkenaan dari Changlun menghala ke Selayang, Selangor.
“Ketika sampai di tempat kejadian, kunci di bahagian bawah kepala lori tercabut dan menyebabkan trak tunda hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit di kiri jalan manakala lori tomato terbalik secara melintang dan menghalang keseluruhan lorong menghala ke selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.15 pagi, sebelum tiba di lokasi kejadian 30 minit kemudian.
“Tiada mangsa yang terlibat dan seramai enam anggota dari BBP Pendang telah melakukan operasi membersihkan tumpahan minyak akibat kemalangan itu manakala pekerja lori (tomato) membersihkan semua tomato yang bertaburan atas jalan raya,” katanya.
Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan kerja pengalihan sedang dijalankan dan kesemua lorong arah selatan ditutup, menyebabkan trafik perlahan sejauh enam kilometer.
Laluan kontra diaktifkan dari KM 70.8-KM 71.9 dan pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan mereka. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager