Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SIMBAH AIR PANAS PADA ANJING, PEKERJA KEDAI SERBANEKA DIBUANG KERJA

DALAM NEGARA

SIMBAH AIR PANAS PADA ANJING, PEKERJA KEDAI SERBANEKA DIBUANG KERJA

Menerusi video berdurasi 1 minit 05 saat itu, pekerja itu dilihat mengisi air panas ke dalam cawan sebelum bertindak untuk menyimbah anjing yang berada di hadapan pintu masuk premis berkenaan.

IPOH: Tindakan seorang kakitangan sebuah kedai serbaneka di Menglembu, Ipoh, yang didakwa menyimbah air panas kepada seekor anjing di luar premis mengundang padah apabila dia dikenakan tindakan buang kerja serta-merta.

Kejadian tidak berperikemanusiaan itu tular selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden berkenaan dimuat naik di laman media sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit 05 saat itu, pekerja itu dilihat mengisi air panas ke dalam cawan sebelum bertindak untuk menyimbah anjing yang berada di hadapan pintu masuk premis berkenaan.

Tindakan itu mengundang kemarahan warga maya, malah difahamkan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Menglembu.

Sementara itu, KK Super Mart menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik di Facebook mengumumkan penamatan kontrak pekerja berkenaan ekoran video tular itu.

Syarikat itu mengecam sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan dan tidak bertolak ansur dengan tindakan sedemikian.

“Kami telah mengambil langkah dengan menjalankan siasatan dalaman dan kakitangan yang terlibat telah dipanggil semula ke ibu pejabat.

“Setelah semakan, kontraknya ditamatkan serta merta,” katanya.

KK super Mart juga telah menghubungi pemilik pusat penjagaan haiwan dan bersedia untuk menanggung kos perubatan haiwan terlibat. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading