Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LETUPAN BOM SUNGAI GOLOK: KAWALAN SEMPADAN DIPERKETAT, CEGAH ELEMEN TIDAK DIINGINI

DALAM NEGARA

LETUPAN BOM SUNGAI GOLOK: KAWALAN SEMPADAN DIPERKETAT, CEGAH ELEMEN TIDAK DIINGINI

Razarudin berkata operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan telah diarahkan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan memperketat kawalan di pos PGA serta sepanjang Sungai Golok bagi mencegah kemasukan elemen tidak diingini ke Malaysia.

KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketat kawalan sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom di Pekan Sungai Golok, selatan Thailand.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM sentiasa memantau perkembangan di Wilayah Narathiwat dan kawalan ketat telah dikuatkuasakan serta-merta sehingga situasi disahkan selamat.

Beliau berkata operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan telah diarahkan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan memperketat kawalan di pos PGA serta sepanjang Sungai Golok bagi mencegah kemasukan elemen tidak diingini ke Malaysia.

“Selain itu, pasukan Strike Force Kompeni dan Risik Batalion turut diarahkan mempergiat rondaan di pangkalan haram serta kawasan ‘hotspot’ di sepanjang Sungai Golok,” katanya kepada Bernama hari ini.

Razarudin menegaskan bahawa PDRM sedang memantau keselamatan pos dan petugas secara 24 jam sebagai langkah keselamatan tambahan.

Beliau berkata insiden letupan bom di hadapan stadium Pekan Sungai Golok itu berlaku kira-kira 6.25 petang semalam (waktu tempatan Thailand) selepas waktu berbuka puasa.

“Sehingga kini, jumlah kematian dan kecederaan akibat kejadian berkenaan masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Selain itu, rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan perjalanan ke Selatan Thailand ekoran insiden berkenaan.

Semalam, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok.

Polis Thailand sebelum ini menyatakan berlaku letupan di sebuah pos kawalan keselamatan di luar Pejabat Daerah Sungai Golok di Jalan Sungai Golok-Sungai Padi, dan beberapa tembakan telah dilepaskan oleh sekumpulan penyerang, menyebabkan sekurang-kurangnya dua anggota keselamatan Thailand maut manakala lapan lagi cedera. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading