Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DUA ANGGOTA POLIS ANTARA 55 INDIVIDU DITAHAN DI PUSAT HIBURAN

DALAM NEGARA

DUA ANGGOTA POLIS ANTARA 55 INDIVIDU DITAHAN DI PUSAT HIBURAN

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam kenyataan memaklumkan mereka yang ditahan termasuk 19 wanita, terdiri daripada warga tempatan dan asing berumur antara 22 hingga 51 tahun. 

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis positif dadah antara 55 individu ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah premis pusat hiburan di sekitar Pudu, Kuala Lumpur, kira-kira 4 petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam kenyataan memaklumkan mereka yang ditahan termasuk 19 wanita, terdiri daripada warga tempatan dan asing berumur antara 22 hingga 51 tahun. 

“Hasil pemeriksaan lanjut, seorang lelaki yang ditahan itu didapati memiliki dadah jenis ketamin, manakala seorang wanita memiliki dadah jenis erimin 5. Kesemua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian air kencing mendapati 25 lelaki dan 17 wanita positif dadah,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek akan direman hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut, di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama. 

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengedaran atau penagihan dadah, dan menyeru mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan serta maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading