LRT: KERAJAAN MOHON MAAF, PAKAR DARI ISTANBUL, TORONTO DITERBANGKAN KE MALAYSIA
Kerajaan hari ini memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang telah mengalami gangguan perkhidmatan sejak semalam, susulan kegagalan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC).
KLUANG: Kerajaan hari ini memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang telah mengalami gangguan perkhidmatan sejak semalam, susulan kegagalan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC).
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata walaupun syarikat pengendali LRT iaitu Prasarana Malaysia Bhd merupakan sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan yang diperbadankan, tetapi sebagai sebahagian daripada kerajaan, beliau tetap perlu bertanggungjawab.
“Selaku menteri, ini adalah isu berhubung pengoperasian yang memerlukan saya mendengar pandangan dan dapatan daripada pihak Prasarana.
“Saya minta Prasarana untuk maklumkan kepada masyarakat sekurang-kurangnya tiga jam sekali berkenaan maklumat terkini gangguan LRT tersebut supaya mereka (pengguna) tahu keadaan semasa,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama warga Parlimen Ayer Hitam di Dewan Terbuka Taman Suria Ros, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Wee berkata selain bantuan daripada pihak pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group dijangka tiba esok, pakar dari Istanbul, Turkiye dan Toronto, Kanada, juga akan diterbangkan bagi mencari punca utama kegagalan ATC.
“Dalam masa sehari atau dua ini, mereka (pakar) perlu mencari punca kerana ia melibatkan masalah teknikal dan mungkin juga perlu melihat aspek yang lain,” kata beliau.
Wee juga telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya Datuk Isham Ishak, Agensi Perkhidmatan Awam Darat (APAD) dan juga Prasarana untuk mencari satu formula dan penyelesaian yang terbaik terhadap masalah itu.
“Sudah sampai masanya untuk Prasana melihat kepada penjadualan untuk kerja penyelenggaraan secara berkala dan mereka perlu mengubah kepada sistem yang lebih dinamik dan mengutamakan keselamatan,” kata beliau.
Semalam, operator LRT iaitu Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan ATC yang tidak stabil dikenal pasti sebagai punca kepada gangguan perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya pada Sabtu dan Isnin lepas.
Perkhidmatan LRT di antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park digantung tujuh hari bermula 6 pagi tadi selepas mengambil kira faktor keselamatan penumpang serta masa yang akan diambil untuk mengenal pasti punca gangguan perkhidmatan.
Bagaimanapun perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan beroperasi hanya dari Stesen Gombak ke Stesen Damai serta dari Stesen Lembah Subang ke Stesen Putra Heights.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests