DALAM NEGARA
KJ LAYAK JADI PM PADA MASA AKAN DATANG – ISMAIL SABRI
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyifatkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memang layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyifatkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memang layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

KLUANG: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyifatkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memang layak untuk diangkat menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.
Penyandang kerusi Parlimen Bera itu berkata apa yang diperlukan oleh calon Parlimen Sungai Buloh itu ialah mendapatkan sokongan daripada parti dan Barisan Nasional (BN) serta menang pada Pilihan Raya Umum pada satu masa nanti.
“Ok, memang KJ (Khairy Jamaluddin) kata itu (hasrat jadi PM dan memimpin UMNO) bukan untuk sekarang (tetapi) untuk masa akan datang. Memang dia layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang, kalau menang pilihan raya, dapat sokongan daripada parti, tentu sahaja KJ (Khairy Jamaluddin) salah seorang yang layak diangkat sebagai Perdana Menteri suatu masa nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama warga Parlimen Ayer Hitam di Kompleks Balai Orang Ramai, Taman Suria, Ayer Hitam, dekat sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden MCA yang juga penyandang kerusi Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Pengerusi Barisan Nasional Johor Datuk Hasni Mohammad dan juga Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ismail Sabri berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan penyandang kerusi Parlimen Rembau itu yang menyuarakan hasrat untuk memimpin UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri satu hari nanti, dalam satu ceramah umum di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, malam tadi.
Khairy dipetik oleh media sebagai berkata sekiranya pengundi Sungai Buloh boleh mengundinya sekali gus memenangi kerusi parlimen itu, beliau bukan hanya akan membela nasib masyarakat di sana tetapi juga memimpin negara pada satu hari nanti.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Langkah itu termasuk persediaan melibatkan wakil kedutaan Malaysia di Istanbul, Amman dan Kaherah bagi memastikan keselamatan...
Sebelum ini media melaporakan lima warga Malaysia ditahan pasukan keselamatan Arab Saudi kerana cuba menyusup masuk...
Tertuduh didakwa berpura-pura sebagai orang lain telah menggunakan nombor kad pengenalan tiga individu lain, untuk membeli...
Mangsa dipercayai diserang sehingga lebam dan bengkak di kepala, badan, kaki dan tangan selain kesan jerutan...
Stesen penyiaran Islamik, TV AlHijrah telah diiktiraf di peringkat antarabangsa menerusi anugerah Malaysia Best Employer Brand...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.