Sebuah kereta yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja memasang bahan kempen Barisan Nasional (BN) dilanggar dari belakang di beberapa lokasi bermula di kawasan Taman Mount Austin di sini awal pagi tadi sehingga menyebabkan kerosakan di bahagian bonet dan bampar.
JOHOR BAHRU: Sebuah kereta yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja memasang bahan kempen Barisan Nasional (BN) dilanggar dari belakang di beberapa lokasi bermula di kawasan Taman Mount Austin di sini awal pagi tadi sehingga menyebabkan kerosakan di bahagian bonet dan bampar.
Setiausaha Kerja UMNO Johor Datuk Pandak Ahmad berkata sejurus dilanggar kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton kira-kira 4 pagi, pemandu termasuk dua penumpang kereta jenis Proton Gen-2 itu berasa panik dan meneruskan pemanduan.
Bagaimanapun mereka terus diekori pacuan empat roda itu dan beberapa kenderaan pelbagai model lain sebelum sekali lagi dilanggar setibanya di Jalan Nibong 13, Taman Daya.
“Petugas tidak berani keluar kereta dan terus melarikan diri tetapi tetap diekori kenderaan pacuan empat roda itu dan dilanggar buat kali ketiga dari belakang apabila tiba di Adda Heights,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata laporan polis telah dibuat di Balai Polis Setia Indah hari ini.
Pandak turut melahirkan rasa kecewa kerana papan iklan yang menjadi bahan kempen BN di Bandar Selesa Jaya di sini dirosakkan dan dirobohkan pihak tidak bertanggungjawab awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kedua-dua kejadian dan sedang menjalankan siasatan.
Sementara itu, di Taman Universiti Skudai di sini, seorang pemandu Grab ditahan kerana dipercayai membakar bendera sebuah parti politik di tepi jalan kawasan berkenaan pada 12.10 tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah berkata siasatan mendapati lelaki berusia 32 tahun terbabit bertindak demikian atas motif peribadi dan tidak melibatkan pihak lain.
Dalam kes berasingan, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung perbuatan khianat melibatkan kain rentang sebuah parti politik yang dirosakkan di Kampung Gembut, Tanjung Sedeli, Kota Tinggi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked