Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAS BAWA 60 PELAJAR UNIVERSITI TERBABAS DI TANJUNG MALIM

DALAM NEGARA

BAS BAWA 60 PELAJAR UNIVERSITI TERBABAS DI TANJUNG MALIM

Sebuah bas membawa kira-kira 60 pelajar universiti dipercayai terbabas sebelum terbalik di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim lewat petang tadi.

Sumber Gambar: JBPM

IPOH: Sebuah bas membawa kira-kira 60 pelajar universiti dipercayai terbabas sebelum terbalik di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim lewat petang tadi.

ARTIKEL BERKAITAN – TAYAR BAS BAWA PELAJAR UPSI PECAH PUNCA TERBABAS

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada kira-kira 7 petang.

“Kemalangan melibatkan bas terbabas sendiri selepas Simpang Kota Malim Prima. Siasatan awal mendapati 11 orang penumpang termasuk pemandu mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan perkembangan kes akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah ke lokasi kejadian bagi kerja menyelamat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: TAYAR BAS BAWA PELAJAR UPSI PECAH PUNCA TERBABAS – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading