Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAYAR BAS BAWA PELAJAR UPSI PECAH PUNCA TERBABAS

DALAM NEGARA

TAYAR BAS BAWA PELAJAR UPSI PECAH PUNCA TERBABAS

Bas yang membawa 55 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabas di Jalan Slim Lama berhampiran Kota Malim Prima di sini, petang semalam, berpunca akibat tayar hadapan bas pecah.

TANJUNG MALIM: Bas yang membawa 55 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabas di Jalan Slim Lama berhampiran Kota Malim Prima di sini, petang semalam, berpunca akibat tayar hadapan bas pecah.

ARTIKEL BERKAITAN – BAS BAWA 60 PELAJAR UNIVERSITI TERBABAS DI TANJUNG MALIM

Ketua Polis Daerah Muallim, Supt. Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, 17 penumpang mengalami kecederaan ringan selepas bas terbabit terbabas ke dalam longkang.

Siasatan awal mendapati bas tersebut dalam perjalanan dari kampus Sultan Idris menghala ke kampus Sultan Azlan Shah.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tayar hadapan kanan telah pecah menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam longkang di kiri jalan.

“Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Hospital Slim River dan Klinik Kesihatan Tanjung Malim,” katanya.

Bagaimanapun Mohd Hasni berkata pemandu bas lelaki berusia 63 tahun tidak mengalami kecederaan.

Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading