Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MAUT DALAM NAHAS DUA KENDERAAN

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT DALAM NAHAS DUA KENDERAAN

Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam nahas dua kenderaan di persimpangan Persiaran Tujuan-Persiaran Murni, USJ4, di sini, tengah hari semalam.

SUBANG JAYA: Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam nahas dua kenderaan di persimpangan Persiaran Tujuan-Persiaran Murni, USJ4, di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, kemalangan berlaku selepas pemandu Perodua Bezza yang datang dari USJ4 membuat pusingan ke kanan menghala ke Persiaran Murni.

“Kereta itu kemudian dilanggar pada bahagian kiri sebelah penumpang hadapan oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HRV yang sedang bergerak lurus dari arah SS19 menghala ke USJ 5.

“Akibat rempuhan itu, pemandu Perodua Bezza berusia 65 tahun maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ujar Wan Azlan, ketika kejadian lampu isyarat di simpang tersebut tidak berfungsi dan sedang dalam pembaikan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Pemandu Honda HRV hanya mengalami kecederaan di kepala sementara mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian boleh hubungi Inspektor Ngo Su Siao di talian 016-9231558.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading