Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA LELAKI DITAHAN, HALANG TUGAS PETUGAS HOSPITAL BAWA MANGSA CEDERA

DALAM NEGARA

TIGA LELAKI DITAHAN, HALANG TUGAS PETUGAS HOSPITAL BAWA MANGSA CEDERA

Polis menahan tiga lelaki kerana didakwa menghalang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang menjalankan tugas merawat seorang wanita di sebuah pasar raya di Kuala Selangor pada Isnin lepas.

SHAH ALAM: Polis menahan tiga lelaki kerana didakwa menghalang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang menjalankan tugas merawat seorang wanita di sebuah pasar raya di Kuala Selangor pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata kesemua suspek masing-masing berusia lingkungan 17 hingga 35 tahun itu, ditahan semalam untuk siasatan lanjut. 

Beliau berkata pihaknya menerima laporan dari penolong pegawai perubatan Hospital Tanjung Karang semalam, yang memberitahu kejadian berlaku pada jam 9 malam selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai seorang wanita mengalami kecederaan, sebelum petugas kesihatan tiba di pasar raya tersebut.

“Dalam perjalanan membawa pesakit ke ambulans, pengadu mendapati beberapa orang menyerang pemandu ambulans itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Susulan laporan tersebut, polis telah menahan ketiga-tiga suspek pada hari sama laporan itu dibuat bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Susulan insiden yang turut tular di media sosial itu, Ramli menasihatkan orang ramai supaya tidak menghalang mana-mana penjawat awam semasa menjalankan tugas  dan punca sebenar kejadian masih disiasat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading