Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYARAN BKM FASA 4 DIAWALKAN BERMULA 15 NOV

DALAM NEGARA

BAYARAN BKM FASA 4 DIAWALKAN BERMULA 15 NOV

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa Empat bernilai RM2.1 bilion yang akan memanfaatkan 5.2 juta penerima, bakal dikreditkan ke akaun mereka secara berperingkat selama tiga hari bermula 15 Nov ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

BERA: Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa Empat bernilai RM2.1 bilion yang akan memanfaatkan 5.2 juta penerima, bakal dikreditkan ke akaun mereka secara berperingkat selama tiga hari bermula 15 Nov ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pembayaran itu pada asalnya dijadualkan dibuat pada Disember, namun dipercepatkan kepada minggu hadapan bagi membantu penerimanya membuat persediaan menghadapi monsun timur laut (MTL), yang dijadualkan bermula pada pertengahan bulan ini.

“Bagi BKM Fasa Empat, setiap penerima akan menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing, dan pembayaran ini adalah bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

“Mereka yang akan menerima bayaran ini terdiri daripada penerima sedia ada bagi kategori isi rumah dan warga emas bujang atau yang tiada pasangan,” katanya pada sidang media selepas Program Ramah Mesra di Kampung Batu Bor di sini hari ini. 

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata mereka yang layak menerima bantuan tersebut boleh menyemak status pembayaran bermula 15 Nov ini, selain boleh merujuk portal rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut pembayaran.

BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang telah diumumkan dalam Bajet 2022 bagi membantu mereka yang memerlukan untuk bangun semula pasca pandemik COVID-19 dan meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.

Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading