Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AHMAD ZAHID ULANG PENDIRIAN ISMAIL SABRI KEKAL PM

DALAM NEGARA

AHMAD ZAHID ULANG PENDIRIAN ISMAIL SABRI KEKAL PM

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian bahawa Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan kekal sebagai calon Perdana Menteri BN, apabila parti itu diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian bahawa Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan kekal sebagai calon Perdana Menteri BN, apabila parti itu diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata keputusan tersebut sudah dimuktamadkan dan sepatutnya tidak perlu timbul spekulasi berkaitan perkara berkenaan ketika BN sedang berkempen untuk menang pada PRU kali ini.

“Apabila UMNO dan BN buat keputusan, kita akan terus komited untuk menentukan bahawa nama perdana menteri kita adalah perdana menteri yang sedang melakukan tugas dengan baik di Putrajaya.

“Jangan timbul spekulasi dan ramalan… jangan cucuk mencucuk dalam kalangan kami kerana kami ‘tiada masalah langsung’,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama calon, jentera dan penyokong BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak, Sungai Udang di sini hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading