Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEBERAPA KAWASAN DI SHAH ALAM, MERU DILANDA BANJIR KILAT

DALAM NEGARA

BEBERAPA KAWASAN DI SHAH ALAM, MERU DILANDA BANJIR KILAT

Dianggarkan sebanyak 20 rumah terjejas ekoran banjir kilat di Kampung Budiman, Puncak Alam di sini berikutan hujan lebat sejak kira-kira 3 petang tadi. 

SHAH ALAM: Dianggarkan sebanyak 20 rumah terjejas ekoran banjir kilat di Kampung Budiman, Puncak Alam di sini berikutan hujan lebat sejak kira-kira 3 petang tadi. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata banjir kilat itu susulan hujan lebat dan berlaku limpahan air daripada longkang besar berhampiran menyebabkan air naik sekitar satu meter.

Katanya pihak bomba menerima panggilan pukul 5.15 petang dan tiba di lokasi pada 5.45 petang.  

“Penduduk bertindak keluar ke tempat lebih tinggi dan seorang warga emas telah dipindahkan menggunakan bot bomba ke tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata buat masa ini hujan telah berhenti dan paras air juga mula menyurut.

Katanya pada masa sama banjir turut melanda Taman Setia Warisan, Seksyen U6 dengan menjejaskan kira-kira 20 rumah di kawasan terbabit namun tiada mangsa dipindahkan dan pihak bomba masih membuat pemantauan di lokasi memandangkan paras air yang semakin meningkat. 

Norazam turut memaklumkan, beberapa kawasan di sekitar Meru juga dilanda banjir kilat sedalam 0.3 meter  melibatkan kawasan Meru 3, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan, Taman Daya, Jalan Khamis, Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru.  

Tiada mangsa dipindahkan dan hujan kembali reda dengan paras air semakin menurun, katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading