Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“BERI PELUANG PERIKATAN NASIONAL PERINTAH SATU PENGGAL”

DALAM NEGARA

“BERI PELUANG PERIKATAN NASIONAL PERINTAH SATU PENGGAL”

PN perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu bagi Malaysia kerana rekod prestasi gabungan parti itu bersih daripada sebarang salah laku.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Beri peluang Perikatan Nasional (PN) mentadbir Malaysia selama satu penggal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk dinilai, kata Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata PN perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu bagi Malaysia kerana rekod prestasi gabungan parti itu bersih daripada sebarang salah laku.

Beliau turut memberi contoh sepanjang PAS mentadbir kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah, negeri itu terbukti bebas daripada sebarang salah laku termasuk kes rasuah.

“Beri peluang kepada kami (Perikatan Nasional) satu penggal untuk mentadbir dan memerintah negara. Lihat apa kami buat dahulu dan kalau tidak betul, tolaklah kami dalam PRU-16.

“Bukan payah (susah) sangat. Kami tiada rekod menipu rakyat,” katanya pada majlis santai petang bersama calon PN Parlimen Titiwangsa Dr Rosni Adam di Desa Pandan di sini hari ini.

Pada PRU-15, Parlimen Titiwangsa mempunyai seramai 80,747 pengundi berdaftar yang layak.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading