Tag Archives: Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KESIHATAN HADI AWANG SEMAKIN PULIH

KUALA TERENGGANU: Keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin pulih. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden PAS memaklumkan perkara tersebut dan Abdul Hadi dijangka dibenarkan keluar daripada IJN dalam masa terdekat. “Alhamdulillah makin baik, insyaAllah dalam masa terdekat dia akan keluar dari IJN.

Read more

TIDAK BOLEH LARANG SESIAPA GUNA PERKATAAN ALLAH, NAMUN ADA BATAS – HADI AWANG

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan sesiapa pun tidak boleh dilarang daripada menggunakan perkataan Allah, walaupun individu tersebut menganut selain daripada agama Islam. Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, golongan yang berpelajaran tinggi, termasuklah orang yang paling bodoh dan buta huruf serta orang gila dan tidak siuman, juga tidak boleh melarang mereka daripada menyebut perkataan Allah.

Read more

HADI AWANG DIBENARKAN PULANG

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu. Dalam kenyataannya, Abdul Hadi turut mengucapkan terima kasih serta terhutang budi kepada doktor dan petugas di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya dan IJN atas kecekapan dan profesionalisme. Dalam masa yang sama, beliau turut berterima kasih kepada semua

Read more

SOLIDARITI DENGAN PALESTIN, GAGALKAN AGENDA ZIONIS – HADI AWANG

Oleh Nurayuni Johari KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh dunia diseru bersatu hati dan bersolidariti mengenang 72 tahun Nakbah Palestin yang terus menjadi insiden tragis menikam hati dan perasaan umat Islam sejak sekian lama. Ini kerana masih terdapat negara Islam bersikap acuh tak acuh dalam mempertahankan Palestin dan terpengaruh dengan agenda zionis Yahudi. Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah,

Read more

HADI AWANG DILANTIK DUTA KHAS KE TIMUR TENGAH

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri. Pelantikan Abdul Hadi yang juga Presiden PAS, Ahli Parlimen Marang dan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri hari ini. Kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata Abdul Hadi pernah menyandang jawatan Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.

Read more