KESIHATAN HADI AWANG SEMAKIN PULIH

KUALA TERENGGANU: Keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin pulih.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden PAS memaklumkan perkara tersebut dan Abdul Hadi dijangka dibenarkan keluar daripada IJN dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah makin baik, insyaAllah dalam masa terdekat dia akan keluar dari IJN.

“Keadaan beliau (Abdul Hadi) semakin pulih. Pada saya beliau dalam keadaan ceria dan teruja untuk segera kembali bersama dengan masyarakat,” katanya selepas ditemui pada Program Outreach Jejak Vaksin Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, Manir di sini pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN – HADI AWANG DIMASUKKAN KE IJN

Pada 6 Jun lalu, Abdul Hadi telah dimasukkan ke IJN bagi menerima rawatan susulan serta pemantauan doktor, kata anaknya Muhammad Khalil yang juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk.—AlHijrah Online

Leave a Reply