HADI AWANG DIMASUKKAN KE IJN

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengesahkan perkara tersebut serta menafikan bapanya berada dalam keadaan kritikal.

Tambahnya, Abdul Hadi berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan susulan dengan pemantauan doktor.

“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah.

“Insyaallah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari masa ke masa,” katanya dalam catatan di Facebook.

Khalil menyeru orang ramai mendoakan kesembuhan bapanya dan mengadakan solat hajat agar dapat sembuh dengan segera.

Pada 16 Februari lalu, Abdul Hadi dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya selepas mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN..—AlHijrah Online

Leave a Reply