PETUGAS MEDIA MULA TERIMA SUNTIKAN VAKSIN RABU INI

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Petugas media yang berdaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bakal menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 bermula Rabu ini.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, janji temu bagi tujuan vaksinasi itu akan mula diterima oleh petugas media hari ini.

“Ada dalam kalangan mereka mula menerima tarikhjanji temu vaksin hari ini, jadi suntikan itu akan mula dilaksana pada Rabu.

“Jumlah penerima vaksin dalam kalangan petugas media bagaimanapun belum diputuskan lagi dan kami masih menelitinya,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sebelum ini, Khairy memaklumkan lebih 5,000 petugas media menerima tarikh janji temu untuk divaksinasi mulai Jun.

Sementara itu, Khairy menyarankan agar golongan warga emas untuk tidak memilih jenis vaksin yang diberikan.

“Untuk yang tidak hadir pada janji temu ditetapkan, mereka akan mendapat janji temu lain namun perlu diingatkan mereka masih tidak oleh memilih vaksin.

“Nasihat saya ambillah sebarang jenis vaksin yang ditawarkan,” katanya.—AlHijrah Online

Leave a Reply