36 MAUT DALAM NAHAS KERETAPI

Sumber Gambar: AFP

ISLAMABAD: Seramai 36 orang yang terkorban manakala lebih 50 penumpang lain cedera dalam nahas kereta api di wilayah Sindh, selatan Pakistan.

Lapor agensi Berita Xinhua, Insiden berlaku di laluan antara Stesen Kereta Api Raiti dan Obaro di daerah Ghotki.

Pegawai Pengangkutan Kereta Api Pakistan, Sukkur Sajjad Wagho berkata, nahas berlaku selepas Millat Express yang dalam perjalanan ke timur bandar Sargodha, Karachi bertembung dengan Sir Syed Express menghala ke Karachi dari Rawalpindi.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan jumlah kematian mungkin meningkat kerana masih terdapat beberapa mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Hospital di daerah itu berada di bawah perintah darurat berikutan penularan wabak COVID-19.—AlHijrah Online / BERNAMA

Leave a Reply