HANYA 10 JENIS SURAT SAHAJA PDRM BENARKAN

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya membenarkan pekerja untuk ke tempat kerja jika membawa surat pengesahan daripada kementerian atau agensi berkaitan sahaja, bermula Selasa 8 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ia sebagai bukti semasa di sekatan jalan raya (SJR) bagi pekerja-pekerja di sektor-sektor dibenarkan beroperasi.

Surat kebenaran akan dikeluarkan bagi sektor-sektor berikut:

Bagaimanapun, kesemua dokumen yang dimaklumkan hendaklah bertarikh bermula 1 Jun, jika tidak mereka akan diarah untuk berpatah balik.

Acryl Sani berkata, bagi pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara dan penjaja tepi jalan yang tiada majikan, permohonan boleh dilakukan dengan PDRM secara sekali beri atau one-off dalam tempoh 1 hingga 14 Jun ini.

“Bagi pekerja sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu untuk ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen, invois pembayaran gaji dan sebagainya, kebenaran PDRM akan diberikan secara one-off iaitu bagi tempoh dua hingga tiga hari sahaja. Surat pengesahan majikan perlu dikemukakan sebagai bukti,” katanya.

Tambahnya, bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan seramai 20 peratus, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri melalui MITI (CIMS 3.0) manakala pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dalam kes baharu (reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR.—AlHijrah Online

Leave a Reply