Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIDAK KEMAS KINI MYSEJAHTERA BUKAN SATU KESALAHAN – ISMAIL SABRI

DALAM NEGARA

TIDAK KEMAS KINI MYSEJAHTERA BUKAN SATU KESALAHAN – ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR: Tidak kemas kini aplikasi MySejahtera bukan satu kesalahan dan kompaun yang dikeluarkan kepada mana-mana individu atas perkara tersebut perlu dibatalkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan tersebut tidak terkandung dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) untuk diambil tindakan kompaun oleh pihak berkuasa.

“Saya berharap dan menyarankan kompaun yang dikeluarkan atas kesalahan terbabit perlulah dibatalkan.

“Pegawai penguat kuasa juga disarankan supaya tidak salah dalam membuat sebarang tafsiran berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut, walaupun bukan kesalahan namun rakyat perlu berintegriti dan mempunyai tanggungjawab terhadap penggunaan aplikasi MySejahtera bagi mengawasi penularan wabak COVID-19 dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Dalam masa yang sama, rakyat perlu jujur dalam memberikan maklumat berkaitan diri bagi memastikan setiap maklumat diberikan tepat termasuk sekiranya mendapat gejala atau kontak rapat kes positif COVID-19.

“Aplikasi ini adalah untuk memudahkan kita khususnya dalam keutamaan memastikan keselamatan sosial untuk kepentingan kesihatan agar kes positif, kontak rapat, kontak kasual dan sebagainya dapat ditangani dengan segera.

“Segala salah faham dan kekeliruan yang timbul sebelum ini dapat ditambah baik dan saya juga mohon pemahaman daripada semua pihak agar kita sama-sama berusaha untuk mengekang penularan COVID-19,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading