Tag Archives: program imunisasi covid-19 kebangsaan

IMUNITI KELOMPOK: ENAM JUTA DOS BAKAL DITERIMA BULAN HADAPAN

PUTRAJAYA: Sejumlah enam juta dos vaksin bakal diterima pada awal September depan yang akan menyokong usaha untuk mencapai imuniti kelompok. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan memastikan inisiatif dan strategi dalam meningkatkan liputan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berlangsung semakin diperhebat. “Kita optimis melalui kejayaan program vaksinasi ini kelak, ramai yang boleh kembali menziarahi

Read more

COVID-19: 50 PERATUS POPULASI DEWASA SUDAH DIVAKSINASI

KUALA LUMPUR: Sejumlah 11,797,708 atau 50 peratus populasi dewasa di Malaysia sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 5,519,845 atau 23.6 peratus populasi dewasa selesai dos vaksinasi lengkap. Jumlah kumulatif pemberian vaksin dos 1 dan dos 2 di Malaysia pula setakat semalam 17,317,553. Berdasarkan info grafik yang dimuat naik di akaun Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan COVID-19 (JKJAV), jumlah

Read more

2.3 JUTA WARGA EMAS SUDAH TERIMA VAKSIN COVID-19

PUTRAJAYA: Hampir 80 peratus atau 2.3 juta warga emas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin dalam fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jumlah itu daripada keseluruhan 4.1 juta dos vaksin yang diberikan dalam fasa kedua yang turut merangkumi orang kurang upaya (OKU) dan individu yang mempunyai komorbiditi. “Individu OKU yang

Read more

CITF SETUJU CADANGAN KPM UTAMAKAN VAKSIN KEPADA MURID KELAS PEPERIKSAAN

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) menerima cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengutamakan suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar yang menghadapi peperiksaan tahun ini. Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, CITF bersetuju dengan cadangan yang diusahakan KPM bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut diberi keutamaan terlebih dahulu. “Alhamdulillah! Cadangan KPM agar pelajar kelas peperiksaan diberi keutamaan

Read more

PETUGAS MEDIA MULA TERIMA SUNTIKAN VAKSIN RABU INI

KUALA LUMPUR: Petugas media yang berdaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bakal menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 bermula Rabu ini. Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, janji temu bagi tujuan vaksinasi itu akan mula diterima oleh petugas media hari ini. “Ada dalam kalangan mereka mula menerima tarikhjanji temu vaksin hari ini, jadi suntikan itu akan mula dilaksana pada

Read more

ULAMA TERKENAL KEDAH SERU UMAT ISLAM SOKONG USAHA KERAJAAN TANGANI COVID-19

KUALA LUMPUR: Ulama terkenal Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Ramli menyeru seluruh umat Islam menyokong usaha kerajaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Sebelum ini, beliau disifatkan berpendirian tidak menyokong pengambilan suntikan vaksin melalui ceramah-ceramahnya yang tular di dalam media sosial. Bagaimanapun, pendakwah tersebut menarik balik pendirian itu dan menyeru untuk bersama dengan kerajaan dalam usaha menentang wabak COVID-19.

Read more

JEMAAH HAJI DIBERI KEUTAMAAN TERIMA VAKSIN COVID-19

PUTRAJAYA: Keutamaan dalam pemberian vaksin COVID-19 akan diberikan kepada bakal jemaah haji Malaysia tahun ini selepas kerajaan Arab Saudi menetapkannya sebagai syarat wajib. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, Tabung Haji (TH) akan mengemukakan senarai jemaah haji mengikut jadual setelah mendapat keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi. “Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia bagi menyediakan vaksin bagi jemaah

Read more

TIADA SEBARANG ALAHAN SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 – DR ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak mengalami sebarang alahan atau gejala selepas menerima suntikan vaksin COVID-19. Menerusi yang dimuat naik di laman Twitter beliau, Dr Zulkifli memaklumkan keadaan kesihatannya seperti biasa selepas menerima suntikan tersebut di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya di Presint 11, kira kira jam 3.15 petang

Read more

KKM NAFI KEUTAMAAN PEMBERIAN VAKSIN KEPADA INFLUENCER

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan laporan berita mengenai keutamaan pemberian vaksin kepada ‘influencer’. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menegaskan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengikut keutamaan yang ditetapkan sebelum ini. “Semakan awal dengan Hospital Serdang mendapati bahawa sebagai menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak buah di hospital, pihak Hospital bercadang

Read more